Friday, October 29, 2010

MINGGU 13 ;JURNAL REFLEKSI


Assalammualaikum dan salam perpisahan buat rakan-rakan blog...

Bertemu kembali kita di dalam refleksi jurnal minggu ketiga belas dan ternyata minggu ini merupakan minggu yang terakhir bagi smp 2252 Muzik Tradisional. Perasaan sedih dan sepi ternyata ada di hati masing-masing terutamanya saya kerana sepanjang tiga minggu melalui kuliah subjek ini, saya banyak mendapat ilmu pengetahuan, mempelajari benda-benda baru di dalam blog dan juga melalui perjalanan suka dan duka bersama rakan-rakan blog yang lain sepanjang kuliah dijalankan.

Seperti yang kita semua sedia maklum, subjek ini bukan sahaja mengajar dan memberi kita banyak ilmu malahan turut menjadikan kita seorang pelajar yang bergelar guru tentang cara-cara untuk membuat blog justeru menggunakan blog sebagai perantara untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh En Amran setiap minggu. Ternyata kaedah pengajaran yang diterapkan oleh En Amran ini berjaya membuatkan kami semua celik IT dan sentiasa peka terhadap apa jua tugasan yang diberikan. Sememangnya menyiapkan tugasan melalui blog ini tidak langsung memberi bebanan kepada saya selepas saya telah mahir dalam penggunaan blog ini.

Secara jujur, pada mulanya saya menganggap blog ini satu kaedah pengajaran yang membebankan kerana tidak mudah bagi sesetengah pelajar untuk mendapat talian internet bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Tetapi, bak kata pepatah melayu, "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih". Jadi, kesukaran yang ada patut kita jadikan sebagai satu cabaran dalam menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar di UPSI ini. Ternyata, semua pelajar smp2252 dapat mengikuti subjek ini dengan baik dan dapat memberikan respon positif terhadap apa yang diajar oleh En Amran sepanjang tiga belas minggu bersama.

Selain itu, bagi tugasan pembentangan pula, apa yang boleh saya komen di sini ialah, setiap kumpulan ternyata dapat menghasilkan mutu kerja yang baik. Memang tidak dapat dinafikan, terdapat banyak masalah yang berlaku sepanjang menyiapkan tugasan yang diberikan. Tetapi, dengan usaha gigih dari setiap ahli kumpulan, mereka dapat menyiapkan dan melakukan pembentangan dengan baik dan berkualiti. Setiap kumpulan mempunyai keistimewaan dan kekuatan masing-masing dan hal ini dapat dilihat semasa pembentangan dilakukan. Oleh itu, gaya atau stail yang dilakuakan oleh En Amran ternyata membuahkan hasil yang lumayan. Semua ini dapat dilihat melalui mutu kerja yang ditonjolkan oleh setiap kumpulan.

Secara kesimpulannya, En Amran telah berjaya mencapai objektif dan sasaran yang ditetapkan dalam subjek smp2252 Muzik Tradisional ini kerana kami sebagai pelajar dapat mengikuti apa yang diajar oleh En Amran sehinggalah minggu terakhir kuliah kami. Saya teramat berpuas hati dengan gaya pembelajaran yang diterapkan oleh pensyarah kami dalam subjek ini. Sebak rasanya kerana sesi pengajaran dan pembelajaran bersama dengan En Amran telah berakhir di hujung semester ini. Kenangan bersaa pelajar sejarah, pengajian malaysia dan pelajar Muzik sendiri akan sentiasa terpahat di dalam ingatan. Kenangan sepanjangtiga belas minggu ini tak mungkin dapat saya lupakan.

Buat rakan-rakan seperjuangan, semoga berjaya dalam peperiksaan akhir danucapan buat En Amran, semoga En dapat terus menerapkan gaya pembelajaran ini pada pelajar-pelajar baru yang bakal mengambil subjek ini. Insyallah En Amran pasti akan berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat. amin!!!!

All the best to all my friend and wish u all sucess in your life...amin!!!!
to all of you....if you would create something,you must be something!!!!!!trust me>>>:)

Sekian terima kasih dan bertemu lagi di lain masa>>>:)ieta cemey la..
Zaijian!!!!!
Teruskan Membaca...

Tuesday, October 26, 2010

JURNAL REFLEKSI : MINGGU KE 12

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Bertemu kembali kita di dalam refleksi jurnal minggu ke - 12. Setelah 12 minggu berlalu, akhirnya semua pembentangan yang dilakukan oleh setiap kumpulan telah dapat diselesaikan dan disempurnakan dengan sebaik-baiknya. Alhamdulillah, semua kumpulan dapat membuat dan menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik. Walaupun begitu, kuliah pada minggu ke 12 tetap diteruskan dengan tajuk kuliah yang baru iaitu Gendang 24 Musim. Ternyata tajuk ini merupakan satu tajuk yang amat menarik perhatian saya. Objektif dan sasaran kuliah pada minggu ini ialah supaya kita dapat mengetahui sejarah dan pengenalan tentang gendang 24 musim ini,alat muzik dan gaya persembahan,konsep 24 ji qie dan ji qie di Malaysia.

Gendang 24 musim ini diasaskan oleh seorang guru muzik Encik Chen Wei Chong di Johor Bharu pada 12 jun 1988. Gendang 24 musim ini diimport atau dibeli dari Negara Cina dan nama musim itu ditulis pada gendang dengan tulisan kaligrafi china. Gendang 24 musim ini dikaitkan mengikut kalendar Cina dan mempunyai kaitan dengan jadual pekerjaan petani di negara China. Selain itu, gaya persembahan yang ditonjolkan juga ternyata berbeza di mana semasa persembahan, pemain drum akan memakai kostum tradisional lelaki cina dan mereka juga turut menggunakan prop lain seperti topeng, bendera bewarnawarni dan kain panjang yang berwarna. Gendang ini juga turut dipersembahkan dalam majlis-majlis kerajaan.

Gendang ini merupakan sebuah gendang besar yang berbentuk tong dan terdapat pelbagai benda lain di dalam gendang tersebut. Walaupun ianya adalah gendang, tetapi cara memainkannya adalah berbeza dengan gendang biasa iaitu, gendang ini tidak dipukul menggunakan tangan malahan dipukul dengan mengguakan dua pemukul kayu agar dapat mengeluarkan bunyi yang kuat dan jelas.

Konsep ji Qie merupakan satu konsep yang mengikut kalendar cina di mana ianya mengikut peredaran masa sesuatu musim itu dan Ji Qie di Malaysia merupakan cetusan idea oleh En Tan Chai Pan iaitu seorang penyajak dan budayawan cina tempatan. Di samping itu, jelas di sini bahawa, beliau menggunakan pukulan gendang shigu dengan iringan koreografi badan yang canggih dan menakjubkan telah menghasilkan persembahan yang gagah dan gemuruh dan lantas lahirlah persembahan seni baru ciptaan tulen orang Cina di Malaysia.

Secara kesimpulannya, tajuk kuliah Gendang 24 Musim ini ternyata amat mempengaruhi dan menarik minata saya untuk mengkajinya dengan lebih mendalam. Ternyata, tajuk ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada justeru saya dapat mempelajari sesuatu yang baru dan unik.Oleh itu, objektif dan sasaran yang ingin dicapai pada minggu ini ternyata telah dicapai oleh semua pelajar terutamanya saya.

Sekian, terima kasih....
Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMP A

BLOG PELAJAR KUMP B

BLOG PELAJAR KUMP C

smp2252 hasmazatul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template