Tuesday, October 5, 2010

MINGGU 10 : JURNAL REFLEKSI

Assalammualaikum dan salam satu Malaysia....


Alhamdulillah kerana pembentangan masih tetap diteruskan walaupun masing- masing sibuk memberi komitmen dalam subjek dan tugasan lain. Pembentangan yang telah dilakukan oleh kedua-dua kumpulan berkaitan tajuk "Nobat " dan 'Muzik Okestra Cina Moden" ternyata membuahkan hasil yang lumayan kepada saya terutamanya kerana melalui pembentangan yang dijalankan oleh mereka,saya lebih memahami apa itu Nobat dan Muzik Okestra Cina Moden dengan lebih mendalam. Kumpulan yang membentangkan tajuk Nobat berjaya memberi gambaran yang jelas apa itu Nobat sebenarnya. Dengan usaha gigih yang ditonjolkan oleh setiap ahli kumpulan dalam melakukan kajian lapangan ternyata dapat memberi impak positif kepada para penonton. Selain itu, pembentangan yang dilakukan juga berjalan dengan lancar dan setiap ahli melakukan pembentangan dengan baik dan dapat memberi komitmen yang tinggi justeru dapat menjawab soalan-soalan yang diajukan dengan positif dan inovatif.

Manakala, kumpulan yang membentangkan " Muzik Okestra Cina Moden" juga turut memberi sebuah mutu kerja yang baik berdasarkan hasil pembentangan yang dilakukan. Pengenalan tentang sejarah muzik okestra cina moden ini berjaya menarik minat saya untuk masuk ke dunia muzik itu. Hasil kerja lapangan mereka yang ditunjukkan kepada kami ternyata membawa satu kelainan dari kumpulan-kumpulan lain sebelum ini. Sebelum ini, saya langsung tidak tahu apa itu muzik okestra cina moden dan benda yang saya hanya tahu ialah muzik ini dimainkan oleh orang cina. Tetapi,setelah diberi penerangan yang jelas, baru saya mengetahui terdapat banyak kelainan di dalam muzik ini berbanding muzik-muzik yang lain terutamanya peralatan muzik yang digunakan dalam ensemble ini ternyata berbeza dari yang lain. Oleh itu, kumpulan ini berjaya membuat pembentangan yang baik kerana mereka dapat menguasai tajuk yang diberikan dengan baik.

Oleh itu, syabas kepada kumpulan Nobat dan Muzik Okestra Cina Moden kerana berjaya melakukan pembentangan dengan baik. Semoga semangat dan usaha gigih ini dapat diteruskan di masa akan datang. Tahniah buat kumpulan Nobat dan Muzik Okestra Cina Moden!!!!!... Semoga Maju Jaya. Jumpa lagi di dalam jurnal minggu akan datang.
Sekian Terima Kasih.
Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMP A

BLOG PELAJAR KUMP B

BLOG PELAJAR KUMP C

smp2252 hasmazatul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template