Sunday, August 1, 2010

MINGGU 3 : JURNAL REFLEKSI

salam ukhuwah...

alhamdulillah,semakin lama saya mengikuti kuliah muzik tradisional malaysia saya semakin bersemangat menanti untuk mengikuti kuliah-kuliah seterusnya. Bagi saya,apa yang saya hendak tahu dengan lebih lanjut tentang objektif atau sasaran kuliah minggu ketiga telah termakbul. objektif dan sasaran yang telah ditetapkan telah tercapai iaitu saya dapat mengetahui tentang kaedah klasifikasi muzik tradisional malaysia,kategori muzik tradisional malaysia dan termasuklah ciri-cirinya.

Selain itu,penerangan yang jelas oleh en Amran bagi kuliah kali ini membuatkan saya benar- benar memahami apa itu perspektif adaptasi dan idioskretik. Jika sebelum ini saya tidak mengetahuinya dan selepas mengikuti kuliah ini dan dengan memberi tumpuan selama 2 jam, saya dapat memberi respon yang baik jika ditanya tentang tajuk ini. Perkara yang paling menarik bagi saya ialah tayangan video ghazal yang dipaparkan. Tambahan pula, saya dapat mengetahui klasifikasi alat muzik cina,india dan barat.

Kuliah minggu ini juga banyak menekankan tentang ciri-ciri utama dalam muzik tradisional malaysia iaitu tradisi besar dan tradisi kecil. Perkara utama yang saya ingin tahu dengan lebih lanjut lagi ialah tentang lima kategori utama muzik kerana bagi saya mendalami sesuatu ilmu merupakan benda baik bagi diri kita sebagai seorang pelajar. Nescaya saya dapat membezakan kategori muzik ini dengan lebih baik di masa akan datang.

Secara keseluruhannya juga,terdapat enam ciri-ciri muzik tradisional malaysia iaitu bentuk seni lakon utama,bentuk tarian utama,ensemble genderang,vokal dan instrumental solo.ensemble sosial popular dan ensemble lain dan ciri-ciri ini mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Oleh itu,cara untuk saya lebih memahami tentang keseluruhan tajuk kuliah pada minggu ketiga ini ialah dengan mencari maklumat atau bahan-bahan serta sumber-sumber yang lain agar saya dapat menguasai tajuk ini dengan lebih baik. Melayari internet dan mencari bahan-bahan di perpustakaan juga merupakan kaedah terbaik selain memberikan sepenuh tumpuan apabila kuliah sedang dijalankan.
Sekian terima kasih...
Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMP A

BLOG PELAJAR KUMP B

BLOG PELAJAR KUMP C

smp2252 hasmazatul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template