Friday, October 29, 2010

MINGGU 13 ;JURNAL REFLEKSI


Assalammualaikum dan salam perpisahan buat rakan-rakan blog...

Bertemu kembali kita di dalam refleksi jurnal minggu ketiga belas dan ternyata minggu ini merupakan minggu yang terakhir bagi smp 2252 Muzik Tradisional. Perasaan sedih dan sepi ternyata ada di hati masing-masing terutamanya saya kerana sepanjang tiga minggu melalui kuliah subjek ini, saya banyak mendapat ilmu pengetahuan, mempelajari benda-benda baru di dalam blog dan juga melalui perjalanan suka dan duka bersama rakan-rakan blog yang lain sepanjang kuliah dijalankan.

Seperti yang kita semua sedia maklum, subjek ini bukan sahaja mengajar dan memberi kita banyak ilmu malahan turut menjadikan kita seorang pelajar yang bergelar guru tentang cara-cara untuk membuat blog justeru menggunakan blog sebagai perantara untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh En Amran setiap minggu. Ternyata kaedah pengajaran yang diterapkan oleh En Amran ini berjaya membuatkan kami semua celik IT dan sentiasa peka terhadap apa jua tugasan yang diberikan. Sememangnya menyiapkan tugasan melalui blog ini tidak langsung memberi bebanan kepada saya selepas saya telah mahir dalam penggunaan blog ini.

Secara jujur, pada mulanya saya menganggap blog ini satu kaedah pengajaran yang membebankan kerana tidak mudah bagi sesetengah pelajar untuk mendapat talian internet bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Tetapi, bak kata pepatah melayu, "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih". Jadi, kesukaran yang ada patut kita jadikan sebagai satu cabaran dalam menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar di UPSI ini. Ternyata, semua pelajar smp2252 dapat mengikuti subjek ini dengan baik dan dapat memberikan respon positif terhadap apa yang diajar oleh En Amran sepanjang tiga belas minggu bersama.

Selain itu, bagi tugasan pembentangan pula, apa yang boleh saya komen di sini ialah, setiap kumpulan ternyata dapat menghasilkan mutu kerja yang baik. Memang tidak dapat dinafikan, terdapat banyak masalah yang berlaku sepanjang menyiapkan tugasan yang diberikan. Tetapi, dengan usaha gigih dari setiap ahli kumpulan, mereka dapat menyiapkan dan melakukan pembentangan dengan baik dan berkualiti. Setiap kumpulan mempunyai keistimewaan dan kekuatan masing-masing dan hal ini dapat dilihat semasa pembentangan dilakukan. Oleh itu, gaya atau stail yang dilakuakan oleh En Amran ternyata membuahkan hasil yang lumayan. Semua ini dapat dilihat melalui mutu kerja yang ditonjolkan oleh setiap kumpulan.

Secara kesimpulannya, En Amran telah berjaya mencapai objektif dan sasaran yang ditetapkan dalam subjek smp2252 Muzik Tradisional ini kerana kami sebagai pelajar dapat mengikuti apa yang diajar oleh En Amran sehinggalah minggu terakhir kuliah kami. Saya teramat berpuas hati dengan gaya pembelajaran yang diterapkan oleh pensyarah kami dalam subjek ini. Sebak rasanya kerana sesi pengajaran dan pembelajaran bersama dengan En Amran telah berakhir di hujung semester ini. Kenangan bersaa pelajar sejarah, pengajian malaysia dan pelajar Muzik sendiri akan sentiasa terpahat di dalam ingatan. Kenangan sepanjangtiga belas minggu ini tak mungkin dapat saya lupakan.

Buat rakan-rakan seperjuangan, semoga berjaya dalam peperiksaan akhir danucapan buat En Amran, semoga En dapat terus menerapkan gaya pembelajaran ini pada pelajar-pelajar baru yang bakal mengambil subjek ini. Insyallah En Amran pasti akan berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat. amin!!!!

All the best to all my friend and wish u all sucess in your life...amin!!!!
to all of you....if you would create something,you must be something!!!!!!trust me>>>:)

Sekian terima kasih dan bertemu lagi di lain masa>>>:)ieta cemey la..
Zaijian!!!!!

7 comments:

SMP2252 FARAH on October 30, 2010 at 7:48 AM said...

TQ ta.. Moga kita berjaya dan mendapat result yg cemerlang dlm subjk ini

SMP2252 ASHARI on October 30, 2010 at 9:07 AM said...

Tahniah itaA. Semoga segalanya dipermudahkan kepada kita semua..amin

syitahbuang on October 30, 2010 at 6:16 PM said...

good luck

bancha on October 30, 2010 at 10:04 PM said...

Thanks ita. Goodluck to you too..

Zulhilmi on October 30, 2010 at 11:48 PM said...

Good Luck =)

SMP2252 Liew on October 31, 2010 at 12:37 AM said...

Good Luck to you too Ita. Tetapi ulasan ita tidak memenuhi kehendakkan en yang meliputi kemahiran berfikir, kolaboratif dan pembentang kumpulan. Walaubagaimanapun, syabas kerana anda berjaya menyiapkan semua kerja dalam kursus ini dalam masanya!! :)

~cikshue~ on October 31, 2010 at 8:00 AM said...

good luck to you too~

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMP A

BLOG PELAJAR KUMP B

BLOG PELAJAR KUMP C

smp2252 hasmazatul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template