Monday, August 9, 2010

MINGGU 4: JURNAL REFLEKSI

Assalammualaikum dan salam ramadhan bagi umat islam yang bakal menyambut ramadhan tidak lama lagi. Alhamdulillah kerana saya masih berpeluang mengikuti kuliah minggu keempat dan berjaya membuat refleksi jurnal bagi muhasabah diri sendiri. Bak kata pepatah melayu, "tak kenal maka tak cinta". Begitulah gambaran yang dapat saya berikan setelah menghadiri kuliah minggu keempat. Kuliah "Muzik Wayang Kulit" tenyata amat menarik dan memberi impak yang besar terhadap diri saya. Buktinya,saya dapat mencapai objektif dan sasaran kuliah ini iaitu mengetahui jenis- jenis wayang kulit,alat-alat muzik wayang kulit dan perbezaan antara wayang kulit.

Perkara penting yang saya dapat tahu ialah Muzik Wayang Kulit ini merupakan teater tradisional kuno Malaysia dan latar belakang muzik ini ternyata berbentuk teater purba yang dimainkan oleh okestra tertentu mengiringi gerak geri wayang. Selain itu, keistimewaan muzik ini juga ialah ia mengandungi repertoire lagu mengikut kehendak cerita. Antara isi kandungan yang menarik lagi dalam kuliah minggu ini ialah wayang kulit mempunyai lima ciri khusus iaitu seni muzik,hikayat,lakonan,pengetahuan agama,seni lukis dan ukir di mana selama ini saya tidak mengetahui dengan mendalam apa itu "wayang kulit" yang sebenarnya. Jadi ternyata kuliah kali ini mampu membuka mental dan minda saya berkenaan tajuk ini.

Terdapat empat jenis wayang kulit iaitu Wayang Gedek,Wayang Kulit Melayu,Wayang Kulit Kelantan,dan Wayang Kulit Jawa. Secara keseluruhannya, wayang kulit jawa berasal dari indonesia dan yang paling pentingnya ialah wayang ini masih mengekalkan wayang kulit purwa asli (epik ramayana dan mahabrata). Manakala, Wayang Gedek merupakan wayang yang popular di kedah dan perlis. Wayang kulit melayu pula merupakan wayang jawa dan antara keempat-empat wayang ini,Wayang Kulit Kelantan merupakan sebuah wayang yang sangat popular kerana penceritaan popular iaitu cerita melayu,cerita panji dan cerita tempatan.

Secara ringkasnya, setelah saya meneliti secara kritikal keempat-empat jenis wayang kulit ini beserta dengan video-video yang ditunjukkan,saya dapat membuat rumusan bahawa keempat-empat jenis wayang kulit ini masih tetap menggunakan bahasa loghat/dialek negeri masing-masing dan yang paling utamanya ialah keempat-empat wayang kulit ini mempunyai tiga elemen penting yang sama iaitu isi cerita,patung-patung dan bahasa walaupun terdapat perbezaan dari segi alat muzik yang digunakan.

Kesimpulannya, saya telah dapat memahami dan mencapai objektif kuliah pada minggu ini. Insyallah saya akan terus mengikuti perkembangan tentang muzik wayang kulit dan nescaya akan muhasabah diri sendiri bagi mencari maklumat dan membuat kajian tentang "Muzik Wayang Kulit". Tindakan yang saya perlu lakukan ialah dengan memberi ruang kepada diri sendiri dengan membaca bahan- bahan rujukan berkenaan dengan tajuk ini dan nescaya jika berkemampuan saya akan menjelajah ke setiap negeri untuk mengetahui dengan lebih mendalam apa itu 'Muzik Wayang Kulit" justeru nekad untuk mempelajarinya.
Sekian Terima Kasih.
Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMP A

BLOG PELAJAR KUMP B

BLOG PELAJAR KUMP C

smp2252 hasmazatul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template