Monday, August 30, 2010

MINGGU 7 :JURNAL REFLEKSI

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat Encik Amran dan rakan-rakan muzik tradisional sekalian. Berjumpa kembali kita dalam refleksi jurnal minggu ke-7. Proses pembelajaran pada kuliah kali ini adalah berbeza dari minggu-minggu sebelumnya kerana proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan melalui pembentangan kumpulan. Pembentangan dilakukan oleh 2 kumpulan dan tajuk pembentangan yang dibentang pada kuliah minggu ke-7 ini ialah keroncong dan kuda kepang.

Pembentangan oleh kumpulan pertama dengan tajuk "keroncong" amat menarik minat saya kerana kumpulan ini lebih cenderung menggunakan kaedah praktikal. Oleh itu,saya dapat memahami dengan jelas apa itu keroncong sebenarnya. Setelah mengikuti pembentangan kuliah pada minggu ini, ternyata keroncong mempunyai banyak istilah yang tersendiri iaitu gelang keroncong,nasi keroncong,alat muzik keroncong,muzik keroncong, keroncong asli dan teh keroncong. Selain itu,terdapat banyak pendapat telah diutarakan mengenai sejarah keroncong walhal asal keroncong yang sebenarnya ialah kacukan antara alat muzik barat dengan gamelan. Gamelan yang paling popular menurut pembentang ialah Gamelan Degung. Terdapat juga evolusi alat di dalam muzik keroncong dan setiap jenis alat mempunyai identiti dan cara untuk dimainkan. Kajian lapangan mereka dengan menemuramah kumpulan keroncong di Fakulti Seni Muzik dan Persembahan merupakan satu usaha yang baik kerana kumpulan keroncong ini ternyata hebat dari pelbagai sudut dalam muzik keroncong ini.

Sebelum mengikuti kuliah pembentangan minggu ini, saya kurang jelas mengenai alat muzik yang terdapat di dalam muzik keroncong tetapi setelah mengikuti kuliah kali ini saya dapat membezakan setiap alat muzik yang terdapat di dalam keroncong. Antara alat-alat muzik yang dibawa oleh mereka semasa pembentangan dijalankan ialah cak,cuk,ukulele,double base dan celo. Pembentangan kumpulan ini ternyata baik dari semua aspek kerana mereka dapat menunjukkan setiap alat muzik yang terdapat dalam keroncong secara langsung justeru membuat demonstrasi cara alat-alat itu dimainkan dengan baik bagi tontonan kami semua dan di akhir pembentangan, tayangan video keroncong itu mampu membuatkan semua memahami apa itu keroncong dengan lebih jelas. Jadi,di sini jelas menunjukkan bahawa kumpulan ini dapat menarik perhatian para pendengar bagi memberi sepenuh perhatian dan tumpuan. Tahniah kepada kumpulan pertama kerana pembentangan mereka berjaya memberi impak yang positif kepada saya terutamanya.

Berbeza dengan kumpulan pertama,kumpulan kedua juga tidak kurang hebatnya dalam mengendalikan pembentangan mereka. Tajuk yang dibentangkan oleh mereka ialah "kuda kepang". Sememangnya tajuk ini memang menjadi kegemaran saya kerana penerangan dari kumpulan ini menunjukkan sedikit kelainan berbanding kumpulan pertama. Penerangan tentang tajuk kuda kepang bagi kumpulan ini adalah tersusun,sistematik dan berkesan. Setiap ulasan tentang kostum, alat muzik, cara permainan,pantang larang,kajian kes dan video yang ditayangkan dapat membantu mengukuhkan pengetahuan saya yang sedia ada tentang kuda kepang. Malahan, video kajian lapangan yang ditayangkan mengenai realiti kuda kepang turut menarik minat saya.

Walaupun terdapat perbezaan dari segi pembentangan atau aspek-aspek lain, kedua-dua kumpulan pembentangan bagi jadual kuliah hari rabu ternyata berjaya mencapai objektif masing-masing kerana apa yang dibentangkan oleh mereka dapat mencapai kehendak Encik Amran dan bagi saya juga kedua- dua tajuk ini dapat difahami dengan mudah. Oleh itu, di akhir kuliah saya dapat menguasai kedua-dua tajuk ini dan mereka berjaya melakukan pembentangan dengan baik pada kuliah minggu ke-7. Tahniah bagi kumpulan keroncong dan kuda kepang. Sekian terima kasih dan moga berjumpa lagi pada kuliah minggu hadapan. Salam menjelang lebaran.
Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMP A

BLOG PELAJAR KUMP B

BLOG PELAJAR KUMP C

smp2252 hasmazatul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template