Tuesday, September 28, 2010

MINNGU 9:JURNAL REFLEKSI

Assalammualaikum dan kembali semula dalam refleksi jurnal minggu ke sembilan. Setelah dua minggu bercuti bagi menyambut hari raya,pembentangan tetap diteruskan dan kali ini tajuk pembentangan yang disajikan kepada saya ialah "Mak Yong". Mak Yong merupakan gabungan unsur-unsur ritual,lakonan dan ia juga merupakan tarian melayu tradisional. Mak yong merupakan gabungan muzik vokal dan instrumental,lagu cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Mak Yong terkenal di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau-Indonesia. Mak Yong mempunyai persamaan dengan menora dari aspek tujuan iaitu bagi tujuan hiburan,cara perubatan dan sembah guru. Tetapi, Mak Yong kini dipersembahkan dalam bentuk taridra untuk pertunjukan di peringkat antarabangsa.

Persembahan Mak Yong dimulakan dengan lagu "Mengadab Rebab" diikuti dengan tarian,lakonan dan muzik dan ianya dilakukan di panggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Mak Yong merupakan cerita rakyat tradisi dengan watak raja,dewa dan pelawak. Mak Yong mengaitkan tarian dengan semangat padi yang digelar Mak Hiang. Bagi sejarah dua pula, mak yong berasal dari kisah dua orang adik beradik yang kerjanya menjaga lembu di padang. Manakala,bagi sejarah tiga pula ianya merupakan kisah dia ntara tiga beranak iaitu ibunya terlalu menyanyangi anknya dan bernazar bahawa dia akan memainkan mak yong sekiranya anaknya pulih dari sakit. Oleh itu, beliau terpaksa laksanakan niatnya kerana anaknya telah pulih seperti biasa.

Mak Yong mengalami kejatuhan apabila berlakunya kerosotan nilai moral penari-penari dan mak yong mula merosot pabila timbulnya kisah-kisah sumbang di antara penari-penari mak yong dengan penonton-penonton, penceraian yang berlaku dan lain-lain. Tetapi, Mak Yong hidup semula setelah Cik Khatijah Awang memulakan satu fasa baru dalam sejarah mak yong. Terdapat pelbagai jenis-jenis Mak Yong iaitu:

1) Makyong Patani
2) Makyong Kelantan
3) Makyong Kedah
4) Makyong Laut
5) Makyong Riau
6) Makyong Medan
7) Makyong Kalimantan.

Tetapi, hanya Makyong Kelantan, Kedah dan Makyong Laut sahaja yang terkenal di Malaysia. Ciri-ciri bagi Makyong Kelantan ialah ianya dimainkan di istana. Kedah ula ialah muzik rakyat dan makyong laut merupakan sebuah sketsa komik yang menggabungkan unsur-unsur muzik tarian dan dialog. Terdapat juga persamaan dari aspek peralatan muzik iaitu ketiga-tiga makyong ini menggunakan rebab. Kelantan dan Kedah menggunakan sepasang gendang tetapi makyong Laut menggunakan dua buah rebab. Hanya Kelantan dan Kedah menggunakan sepasang gendang tetapi makyong laut menggunakan sebuah rebana. Ternyata bilangan lagu ketga-tiga makyong ini berbeza iaitu 30 buah (makyong kelantan),9 buah lagu (makyong kedah) dan 12 buah ( makyong laut). Di samping itu,makyong kelantan berunsurkan integrasi manakala makyong kedah pula berunsur daripada bentuk persembahan tempatan yang lain dan makyong laut berasaskan kepada skala diatonik barat.

Melalui pembentangan ini, saya mengtahui bahawa cerita-cerita makyong diambil dari menora atau dipinjamkan dari cerita-cerita wayang kulit dan daripada cerita bangsawan. Cerita Raja Tangkai Hati merupakan sebuah cerita makyong. Terdapat watak pakyung tua, pakyung muda,makyong, peran (peran tua dan peran muda),dayang atau inang,dewa, tok wan,jin dan watak binatang.

Kostum pada zaman dahulu bagi makyong dan pakyong ialah berbaju sempit seluar dibuat dari kain satin yang dipadankan dengan kain samping labuh dan dikemaskan dengan tali pinggang. Manakala,bahagian dada pula dihiasi sibar layang atau dari manik-manik halus berwarna- warni seperti kolar baju layang. Anara kostum lain yang turut dipakai oleh penari-penari makyong ialah perhiasan kepala yang diperbuat daripada baldu dan seikat rotan yang dibawa oleh pak yong. Bagi watak peran pula, beliau memakai kain sarung dan sepasang seluar besar. Kain semutar diperbuat daripada kain kapas diikat di pinggangnya.

Seperti tarian-tarian lain, makyong juga mempunyai peralatan muzik khas yang digunakan semasa persembahan dijalankan. Antara peralatan muzik utama makyong ialah rebab tiga tali,sepasang gendang dan sepasang tetawak. Peralatan lain ialah canang kesi dan serunai. Sesungguhnya terdapat pelbagai jenis lagu makyong dan irama yang digunakan dalam tarian makyong ilah bertempo agak perlahan dan corak irama yang dimainkan oleh pemain-pemain gendang menunjukan ketepatan bit jatuh utama.

Secara keseluruhannya, makyong merupakan drama tari/seni lakon yang dapat menarik minat saya untuk menerokainya dengan lebih mendalam selepas ini. Sekian terima kasih dan semoga berjumpa lagi dalam jurnal refleksi seterusnya. Salam satu Malaysia.
Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMP A

BLOG PELAJAR KUMP B

BLOG PELAJAR KUMP C

smp2252 hasmazatul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template