Sunday, August 15, 2010

MINGGU 5:JURNAL REFLEKSI

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua terutamanya kepada En Amran dan rakan-rakan blog sekalian. Bertemu kembali kita dalam jurnal refleksi minggu kelima. Alhamdulillah kerana pada kuliah minggu ini saya benar-benar memahami dam mendalami tajuk kuliah iaitu "Gamelan Caklempong". Keadaan ini disebabkan saya pernah mengikuti kursus gamelan dan caklempong pada semester lepas. Pengetahuan yang sedia ada dapat menguatkan lagi pemahaman saya tentang benda baru yang didapati di dalam kuliah minggu ini. Hal ini memberi ruang kepada saya bagi mencapai ketiga-tiga sasaran dan objektif yang diketengahkan oleh En Amran.

Sebelum ini,saya hanya mengetahui asal usul gamelan dan cara gamelan melayu dimainkan. Tetapi,setelah mengikuti kuliah minggu kelima, saya telah mengetahui cara gamelan lain dimainkan terutamanya gamelan jawa dan gamelan bali. Apa yang saya dapat tahu setelah mengikuti kuliah ini ialah ternyata gong merupakan alat gamelan yang pertama sekali dicipta dan gong merupakan alat yang penting dibunyikan sebagai tanda sesuatu upacara bermula atau sesuatu upacara berlaku.

Ternyata apa yang saya perlu tahu terdapat di dalam kuliah minggu ini. Gamelan melayu merupakan muzik bentuk tarian utama dan ianya juga disebut sebagai gamelan terengganu dan lebih dikenali sebagai joget gamelan. Antara alat muzik yang terdapat di dalam gamelan melayu ialah bonang,kenong,keluarga saron,gong,gendang dan gambang. Perkara penting yang saya dapat ketahui ialah muzik gamelan melayu lebih mudah dibandingkan dengan muzik gamelan johor dan gamelan ini menggunakan sistem talaan.

Manakala, Gamelan jawa pula dimainkan dalam skel slendro dan pelog (skel yang mengandungi 7 ton dan jeda di antara not agak berbeza iaitu antara 1/2 ton dengan minor ketiga). Set gamelan jawa lebih banyak jika dibandingkan dengan gamelan Melayu. Peralatannya mengandungi 9 alat dan ternyata terdapat banyak perbezaan antara gamelan jawa dan terengganu. Gamelan jawa ialah tanpa notasi dan tekstur muzik gamelan adalah polifoni.

Selain itu,caklempong juga dikenali sebagai talempong,tak lempong atau telempong. Secara keseluruhannya, terdapat 7 alat muzik caklempong iaitu bonang,gereteh,tingkah,sauwa,gendang ibu dan anak,bangsi dan serunai.

Oleh itu, secara kesimpulannya gamelan caklempong mempunyai identiti dan keistimewaannya yang tersendiri. Identiti inilah yang mampu mengekalkan keaslian muzik tradisionalnya sehingga kini. Jadi, saya akan mencari sumber-sumber baru atau inisiatif lain bagi mengikuti perkembangan gamelan caklempong pada hari ini dan di masa akan datang.
Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMP A

BLOG PELAJAR KUMP B

BLOG PELAJAR KUMP C

smp2252 hasmazatul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template