Monday, October 11, 2010

MINGGU 11:JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum dan salam satu muhibbah buat warga blog terutamany En Amran...

Sedar atau tidak kita telah melalui kuliah selama 10 minggu bersama En Amran dan telah sampai ke jurnal refleksi minggu ke sebelas. Memang tidak dapat dinafikan ,banyak yang telah kita pelajari terutamanya saya di dalam kuliah muzik tradisional ini..Pembentangan tetap diteruskan dengan satu tajuk yang teramat menarik iaitu "Wayang Kulit". Wayang kulit merupakan satu tajuk yang saya tunggu-tunggu selama ini. Alhamdulillah banyak yang saya perolehi setelah selesai pembentangan oleh kumpulan yang membentangkan tajuk ini. Pembukaan terhadap tajuk wayang kulit ini ternyata amat berkesan dan berjaya menarik perhatian dan minat pelajar bagi memberikan sepenuh tumpuan sehingga selesai sesi pembentangan. Pembentangan wayang kulit dimulakan dengan demonstrasi dari para pemuzik upsi serta ahli-ahli kumpulan wayang kulit itu sendiri. Memang tidak dapat dinafikan mereka berjaya menghasilkan satu mutu kerja yang berkualiti sebagai seorang peljar muzik terutamanya.

Mereka mendemostrasikan jalan penceritaan dalam sesebuah wayang kulit yang dimainkan. Sewaktu sesi demonstrasi itu berlaku, para penonton memberikan rspon dengan bergelak ketawa kerana dialek kelantan yang digunakan itu membuatkan kami tidak kering gusi. Tetapi,walau apapun, motif yang hendak disampaikan itu ternyata berhasil dan para penonton dapat memahaminya dengan baik. Selepae demonstrasi selesai, ahli-ahli memulakan pembentangan tentang wayang kulit. Setiap ahli wayang kulit ternyata dapat menguasai tajuk ini dengan baik dan menyampaikan pembentangan mereka dengan penuh tekun.

Kesimpulannya, mereka berjaya menghasilkan hasil kerja yang amat baik dan berjaya menjawab soalan-soalan yang diajukan dengan baik dan penuh yakin. Komitmen yang baik juga turut ditonjolkan oleh kumpulan wayang kulit ini. Syabas kepada semua pembentang wayang kulit!!!!!

Sekian terima kasih...
Teruskan Membaca...

Tuesday, October 5, 2010

MINGGU 10 : JURNAL REFLEKSI

Assalammualaikum dan salam satu Malaysia....


Alhamdulillah kerana pembentangan masih tetap diteruskan walaupun masing- masing sibuk memberi komitmen dalam subjek dan tugasan lain. Pembentangan yang telah dilakukan oleh kedua-dua kumpulan berkaitan tajuk "Nobat " dan 'Muzik Okestra Cina Moden" ternyata membuahkan hasil yang lumayan kepada saya terutamanya kerana melalui pembentangan yang dijalankan oleh mereka,saya lebih memahami apa itu Nobat dan Muzik Okestra Cina Moden dengan lebih mendalam. Kumpulan yang membentangkan tajuk Nobat berjaya memberi gambaran yang jelas apa itu Nobat sebenarnya. Dengan usaha gigih yang ditonjolkan oleh setiap ahli kumpulan dalam melakukan kajian lapangan ternyata dapat memberi impak positif kepada para penonton. Selain itu, pembentangan yang dilakukan juga berjalan dengan lancar dan setiap ahli melakukan pembentangan dengan baik dan dapat memberi komitmen yang tinggi justeru dapat menjawab soalan-soalan yang diajukan dengan positif dan inovatif.

Manakala, kumpulan yang membentangkan " Muzik Okestra Cina Moden" juga turut memberi sebuah mutu kerja yang baik berdasarkan hasil pembentangan yang dilakukan. Pengenalan tentang sejarah muzik okestra cina moden ini berjaya menarik minat saya untuk masuk ke dunia muzik itu. Hasil kerja lapangan mereka yang ditunjukkan kepada kami ternyata membawa satu kelainan dari kumpulan-kumpulan lain sebelum ini. Sebelum ini, saya langsung tidak tahu apa itu muzik okestra cina moden dan benda yang saya hanya tahu ialah muzik ini dimainkan oleh orang cina. Tetapi,setelah diberi penerangan yang jelas, baru saya mengetahui terdapat banyak kelainan di dalam muzik ini berbanding muzik-muzik yang lain terutamanya peralatan muzik yang digunakan dalam ensemble ini ternyata berbeza dari yang lain. Oleh itu, kumpulan ini berjaya membuat pembentangan yang baik kerana mereka dapat menguasai tajuk yang diberikan dengan baik.

Oleh itu, syabas kepada kumpulan Nobat dan Muzik Okestra Cina Moden kerana berjaya melakukan pembentangan dengan baik. Semoga semangat dan usaha gigih ini dapat diteruskan di masa akan datang. Tahniah buat kumpulan Nobat dan Muzik Okestra Cina Moden!!!!!... Semoga Maju Jaya. Jumpa lagi di dalam jurnal minggu akan datang.
Sekian Terima Kasih.
Teruskan Membaca...

Tuesday, September 28, 2010

MINNGU 9:JURNAL REFLEKSI

Assalammualaikum dan kembali semula dalam refleksi jurnal minggu ke sembilan. Setelah dua minggu bercuti bagi menyambut hari raya,pembentangan tetap diteruskan dan kali ini tajuk pembentangan yang disajikan kepada saya ialah "Mak Yong". Mak Yong merupakan gabungan unsur-unsur ritual,lakonan dan ia juga merupakan tarian melayu tradisional. Mak yong merupakan gabungan muzik vokal dan instrumental,lagu cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Mak Yong terkenal di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau-Indonesia. Mak Yong mempunyai persamaan dengan menora dari aspek tujuan iaitu bagi tujuan hiburan,cara perubatan dan sembah guru. Tetapi, Mak Yong kini dipersembahkan dalam bentuk taridra untuk pertunjukan di peringkat antarabangsa.

Persembahan Mak Yong dimulakan dengan lagu "Mengadab Rebab" diikuti dengan tarian,lakonan dan muzik dan ianya dilakukan di panggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Mak Yong merupakan cerita rakyat tradisi dengan watak raja,dewa dan pelawak. Mak Yong mengaitkan tarian dengan semangat padi yang digelar Mak Hiang. Bagi sejarah dua pula, mak yong berasal dari kisah dua orang adik beradik yang kerjanya menjaga lembu di padang. Manakala,bagi sejarah tiga pula ianya merupakan kisah dia ntara tiga beranak iaitu ibunya terlalu menyanyangi anknya dan bernazar bahawa dia akan memainkan mak yong sekiranya anaknya pulih dari sakit. Oleh itu, beliau terpaksa laksanakan niatnya kerana anaknya telah pulih seperti biasa.

Mak Yong mengalami kejatuhan apabila berlakunya kerosotan nilai moral penari-penari dan mak yong mula merosot pabila timbulnya kisah-kisah sumbang di antara penari-penari mak yong dengan penonton-penonton, penceraian yang berlaku dan lain-lain. Tetapi, Mak Yong hidup semula setelah Cik Khatijah Awang memulakan satu fasa baru dalam sejarah mak yong. Terdapat pelbagai jenis-jenis Mak Yong iaitu:

1) Makyong Patani
2) Makyong Kelantan
3) Makyong Kedah
4) Makyong Laut
5) Makyong Riau
6) Makyong Medan
7) Makyong Kalimantan.

Tetapi, hanya Makyong Kelantan, Kedah dan Makyong Laut sahaja yang terkenal di Malaysia. Ciri-ciri bagi Makyong Kelantan ialah ianya dimainkan di istana. Kedah ula ialah muzik rakyat dan makyong laut merupakan sebuah sketsa komik yang menggabungkan unsur-unsur muzik tarian dan dialog. Terdapat juga persamaan dari aspek peralatan muzik iaitu ketiga-tiga makyong ini menggunakan rebab. Kelantan dan Kedah menggunakan sepasang gendang tetapi makyong Laut menggunakan dua buah rebab. Hanya Kelantan dan Kedah menggunakan sepasang gendang tetapi makyong laut menggunakan sebuah rebana. Ternyata bilangan lagu ketga-tiga makyong ini berbeza iaitu 30 buah (makyong kelantan),9 buah lagu (makyong kedah) dan 12 buah ( makyong laut). Di samping itu,makyong kelantan berunsurkan integrasi manakala makyong kedah pula berunsur daripada bentuk persembahan tempatan yang lain dan makyong laut berasaskan kepada skala diatonik barat.

Melalui pembentangan ini, saya mengtahui bahawa cerita-cerita makyong diambil dari menora atau dipinjamkan dari cerita-cerita wayang kulit dan daripada cerita bangsawan. Cerita Raja Tangkai Hati merupakan sebuah cerita makyong. Terdapat watak pakyung tua, pakyung muda,makyong, peran (peran tua dan peran muda),dayang atau inang,dewa, tok wan,jin dan watak binatang.

Kostum pada zaman dahulu bagi makyong dan pakyong ialah berbaju sempit seluar dibuat dari kain satin yang dipadankan dengan kain samping labuh dan dikemaskan dengan tali pinggang. Manakala,bahagian dada pula dihiasi sibar layang atau dari manik-manik halus berwarna- warni seperti kolar baju layang. Anara kostum lain yang turut dipakai oleh penari-penari makyong ialah perhiasan kepala yang diperbuat daripada baldu dan seikat rotan yang dibawa oleh pak yong. Bagi watak peran pula, beliau memakai kain sarung dan sepasang seluar besar. Kain semutar diperbuat daripada kain kapas diikat di pinggangnya.

Seperti tarian-tarian lain, makyong juga mempunyai peralatan muzik khas yang digunakan semasa persembahan dijalankan. Antara peralatan muzik utama makyong ialah rebab tiga tali,sepasang gendang dan sepasang tetawak. Peralatan lain ialah canang kesi dan serunai. Sesungguhnya terdapat pelbagai jenis lagu makyong dan irama yang digunakan dalam tarian makyong ilah bertempo agak perlahan dan corak irama yang dimainkan oleh pemain-pemain gendang menunjukan ketepatan bit jatuh utama.

Secara keseluruhannya, makyong merupakan drama tari/seni lakon yang dapat menarik minat saya untuk menerokainya dengan lebih mendalam selepas ini. Sekian terima kasih dan semoga berjumpa lagi dalam jurnal refleksi seterusnya. Salam satu Malaysia.
Teruskan Membaca...

Sunday, September 5, 2010

MINGGU 8 :JURNAL REFLEKSI


Assalammualaikum dan salam lebaran buat Encik Amran dan teman-teman muzik tradisional sekalian. Alhamdulillah kerana kita masih dapat bertemu kembali di dalam refleksi jurnal minggu ke-8. Sesungguhnya saya amat bersyukur kepada Allah kerana hasil pembentangan kumpulan kami iaitu MENORA pada minggu ke-8 telah berjaya dan dapat memuaskan hati semua pihak terutamanya Encik Amran. Memang tidak diduga bahawa teman-teman yang lain memberikan respon yang positif terhadap apa yang kami lakukan. Tumpuan dan fokus yang baik dari rakan-rakan sewaktu pembentangan dilakukan amat saya dan ahli-ahli M.I.N.D.A yang lain hargai.

Terima kasih kepada rakan-rakan atas soalan-soalan yang diajukan kerana melalui soalan merekalah saya dan rakan-rakan yang lain dapat berfikir secara kreatif dan kritikal bagi merangsang daya pemikiran yang lebih berinovatif serta menjadi lebih matang dalam menghadapi apa saja soalan yang ditanya. Alhamdulillah kami berjaya menjawab soalan-aoalan yang diajukan dalam keadaan tenang. Akhir kata,terima kasih di atas segala tunjuk ajar dari Encik Amran dan sokongan padu dari teman seperjuangan. Tahniah saya ucapkan kepada rakan-rakan M.I.N.D.A yang lain atas usaha gigih dan kerjasama yang diberikan dalam menghasilkan mutu kerja kumpulan yang terbaik.

Syukur alhamdulillah kerana kita berlima berjaya menghasilkan video lakonan yang baik,dapat menyiapkan blog,bersama-sama membuat kajian lapangan dan menyiapkan tugas masing-masing dengan baik. Tahniah atas pengorbanan dan pemberian komitmen yang tinggi sepanjang kita berkumpulan. Sekian,terima kasih. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada Encik Amran dan rakan-rakan subjek Muzik Tradisional. Berjumpa lagi di refleksi jurnal seterusnya. Salam!!!
Teruskan Membaca...

Monday, August 30, 2010

MINGGU 7 :JURNAL REFLEKSI

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat Encik Amran dan rakan-rakan muzik tradisional sekalian. Berjumpa kembali kita dalam refleksi jurnal minggu ke-7. Proses pembelajaran pada kuliah kali ini adalah berbeza dari minggu-minggu sebelumnya kerana proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan melalui pembentangan kumpulan. Pembentangan dilakukan oleh 2 kumpulan dan tajuk pembentangan yang dibentang pada kuliah minggu ke-7 ini ialah keroncong dan kuda kepang.

Pembentangan oleh kumpulan pertama dengan tajuk "keroncong" amat menarik minat saya kerana kumpulan ini lebih cenderung menggunakan kaedah praktikal. Oleh itu,saya dapat memahami dengan jelas apa itu keroncong sebenarnya. Setelah mengikuti pembentangan kuliah pada minggu ini, ternyata keroncong mempunyai banyak istilah yang tersendiri iaitu gelang keroncong,nasi keroncong,alat muzik keroncong,muzik keroncong, keroncong asli dan teh keroncong. Selain itu,terdapat banyak pendapat telah diutarakan mengenai sejarah keroncong walhal asal keroncong yang sebenarnya ialah kacukan antara alat muzik barat dengan gamelan. Gamelan yang paling popular menurut pembentang ialah Gamelan Degung. Terdapat juga evolusi alat di dalam muzik keroncong dan setiap jenis alat mempunyai identiti dan cara untuk dimainkan. Kajian lapangan mereka dengan menemuramah kumpulan keroncong di Fakulti Seni Muzik dan Persembahan merupakan satu usaha yang baik kerana kumpulan keroncong ini ternyata hebat dari pelbagai sudut dalam muzik keroncong ini.

Sebelum mengikuti kuliah pembentangan minggu ini, saya kurang jelas mengenai alat muzik yang terdapat di dalam muzik keroncong tetapi setelah mengikuti kuliah kali ini saya dapat membezakan setiap alat muzik yang terdapat di dalam keroncong. Antara alat-alat muzik yang dibawa oleh mereka semasa pembentangan dijalankan ialah cak,cuk,ukulele,double base dan celo. Pembentangan kumpulan ini ternyata baik dari semua aspek kerana mereka dapat menunjukkan setiap alat muzik yang terdapat dalam keroncong secara langsung justeru membuat demonstrasi cara alat-alat itu dimainkan dengan baik bagi tontonan kami semua dan di akhir pembentangan, tayangan video keroncong itu mampu membuatkan semua memahami apa itu keroncong dengan lebih jelas. Jadi,di sini jelas menunjukkan bahawa kumpulan ini dapat menarik perhatian para pendengar bagi memberi sepenuh perhatian dan tumpuan. Tahniah kepada kumpulan pertama kerana pembentangan mereka berjaya memberi impak yang positif kepada saya terutamanya.

Berbeza dengan kumpulan pertama,kumpulan kedua juga tidak kurang hebatnya dalam mengendalikan pembentangan mereka. Tajuk yang dibentangkan oleh mereka ialah "kuda kepang". Sememangnya tajuk ini memang menjadi kegemaran saya kerana penerangan dari kumpulan ini menunjukkan sedikit kelainan berbanding kumpulan pertama. Penerangan tentang tajuk kuda kepang bagi kumpulan ini adalah tersusun,sistematik dan berkesan. Setiap ulasan tentang kostum, alat muzik, cara permainan,pantang larang,kajian kes dan video yang ditayangkan dapat membantu mengukuhkan pengetahuan saya yang sedia ada tentang kuda kepang. Malahan, video kajian lapangan yang ditayangkan mengenai realiti kuda kepang turut menarik minat saya.

Walaupun terdapat perbezaan dari segi pembentangan atau aspek-aspek lain, kedua-dua kumpulan pembentangan bagi jadual kuliah hari rabu ternyata berjaya mencapai objektif masing-masing kerana apa yang dibentangkan oleh mereka dapat mencapai kehendak Encik Amran dan bagi saya juga kedua- dua tajuk ini dapat difahami dengan mudah. Oleh itu, di akhir kuliah saya dapat menguasai kedua-dua tajuk ini dan mereka berjaya melakukan pembentangan dengan baik pada kuliah minggu ke-7. Tahniah bagi kumpulan keroncong dan kuda kepang. Sekian terima kasih dan moga berjumpa lagi pada kuliah minggu hadapan. Salam menjelang lebaran.
Teruskan Membaca...

Sunday, August 22, 2010

MINGGU 6: JURNAL REFLEKSI

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada Encik Amran dan rakan-rakan blog sekalian. Alhamdulillah kita bertemu kembali dalam refleksi jurnal minggu keenam. Pejam celik pejam celik,minggu keenam sudah berlalu dan perjalanan kuliah masih berjalan seperti biasa. Kuliah minggu ini amat menarik pada saya kerana semua pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dilakukan oleh Encik Amran. Kuliah minggu ini menekankan kepada dua tajuk utama iaitu Mak Yong dan Kompang. Seperti biasa, sebelum memulakan pembelajaran pada kuliah kali ini, Encik Amran menunjukkan video-video persembahan menora,mak yong,mek mulung dan meminta pelajar-pelajar untuk mengenalpasti jenis-jenis tarian melalui video yang ditayangkan.

Selepas itu,sesi pembelajaran dimulakan dengan penerangan tentang sejarah mak yong. Hari ini saya mengetahui bahawa mak yong sebenarnya merupakan kategori bentuk seni lakon sama seperti menora, mek mulung dan jikey. Mak yong merupakan bentuk seni lakon yang sangat kuno iaitu bertemakan legenda dan mitos. Ia mempunyai asas yang sama tetapi dibentuk melalui identiti dan kepaerluan dramatik yang berbeza. Mak yong juga menggunakan pelakon manusia dan ia mengutamakan dialog,tarian,muzik vokal dan instrumental. Secara keseluruhannya, mak yong ini merupakan satu kisah penceritaan. Drama tari mak yong ini juga merupakan suatu bentuk drama tari melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual,lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental,lagu,cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama tari ini dipertahankan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah,Perlis serta di Kepulauan Riau- Indonesia. Walaupun begitu,mak yong berasal dari patani iaitu di bawah naungan Sultan Muhammad keempat.

Mak yong yang dipersembahkan untuk dua tujuan iaitu untuk tujuan ritual dan tujuan persembahan. Cerita asal mak yong bertajuk Dewa Muda iaitu cerita rakyat. Terdapat 11 buah cerita dan 30 buah lagu repertoire. Antara watak-watak yang terdapat dalam cerita mak yong ialah Pak Yung Muda ( Watak Utama ), Mak yung dan Puteri Makyung, Peran Tua dan Peran Muda serta Tok Wan ( ahli nujum dan tukang). Persembahan Mak Yong yang biasanya dibuka dengan lagu mengadap rebab diikuti dengan tarian,lakonan dan muzik. Kijang Mas dan Lagu Sindung juga merupakan lagu mak yong. Alat-alat muzik utama ialah sepasang gendang, sepasang tetawak dan sebuah rebab 3 tali. Serunai,geduk dan canai merupakan alat tambahan dan rebab berperanan memainkan melodi utama.



Elemen kedua yang ditekankan dalam kuliah minggu ini juga ialah Kompang. Kompang berasal dari kebudayaan Arab di Asia Barat yang dikenali dengan dufuf,daff,duff, tar atau bendir. Fungsinya ialah bagi meraikan perkahwinan,majlis keraian islam,maulidulrasul dan berkhatan dan bagi masyarakat kini ia menyambut ketibaan pemimpin bagi acara rasmi. Kompang dibawa oleh pedagang Arab yang datang berdagang ke nusantara dan bertujuan untuk menarik perhatian pembeli terhadap perniagaan mereka. Terdapat banyak adab permainan kompang dan juga fungsi kompang dalam elemen muzik. Terdapat 4 jenis permainan kompang iaitu kompang hadrah ( negeri perak ), kompang johor, kompang eizhar ( negeri selangor) dan kompang kelalang ( negeri melaka).

Terdapat tiga jenis pukulan atau paluan iaitu melalu,menyilang dan meningkah. Manakala tiga bahagian lain bagi setiap persembahan ialah pukulan mula,pukulan lagu dan pukulan mati. Penjagaan kompang yang rapi perlu ditiikberatkan agar ianya dapat bertahan lama dan begitu juga dengan penalaan kompang bertujuan untuk meninggikan ton bunyi kompang.

Oleh itu, secara tidak langsung saya telah dapat mencapai objektif dan sasaran kuliah pada minggu ini dengan baik. Setelah mengikuti dan meneliti dengan teliti kuliah pada minggu ini,saya berasa lebih yakin kerana telah dapat mengetahui apa itu mak yong dan kompang. Nescaya,jika diberi tugasan berkenaan tajuk ini, saya pasti dapat menerangkannya secara kritikal. Tetapi,saya akan mencari maklumat tambahan dari internet dan sumber-sumber lain agar saya sentiasa peka terhadap perkembangan mak yong dan kompang. Sekian sahaja jurnal saya untuk minggu ini..Moga kita berjumpa lagi dalam jurnal yang akan datang..Sekian terima kasih.
Teruskan Membaca...

Sunday, August 15, 2010

MINGGU 5:JURNAL REFLEKSI

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua terutamanya kepada En Amran dan rakan-rakan blog sekalian. Bertemu kembali kita dalam jurnal refleksi minggu kelima. Alhamdulillah kerana pada kuliah minggu ini saya benar-benar memahami dam mendalami tajuk kuliah iaitu "Gamelan Caklempong". Keadaan ini disebabkan saya pernah mengikuti kursus gamelan dan caklempong pada semester lepas. Pengetahuan yang sedia ada dapat menguatkan lagi pemahaman saya tentang benda baru yang didapati di dalam kuliah minggu ini. Hal ini memberi ruang kepada saya bagi mencapai ketiga-tiga sasaran dan objektif yang diketengahkan oleh En Amran.

Sebelum ini,saya hanya mengetahui asal usul gamelan dan cara gamelan melayu dimainkan. Tetapi,setelah mengikuti kuliah minggu kelima, saya telah mengetahui cara gamelan lain dimainkan terutamanya gamelan jawa dan gamelan bali. Apa yang saya dapat tahu setelah mengikuti kuliah ini ialah ternyata gong merupakan alat gamelan yang pertama sekali dicipta dan gong merupakan alat yang penting dibunyikan sebagai tanda sesuatu upacara bermula atau sesuatu upacara berlaku.

Ternyata apa yang saya perlu tahu terdapat di dalam kuliah minggu ini. Gamelan melayu merupakan muzik bentuk tarian utama dan ianya juga disebut sebagai gamelan terengganu dan lebih dikenali sebagai joget gamelan. Antara alat muzik yang terdapat di dalam gamelan melayu ialah bonang,kenong,keluarga saron,gong,gendang dan gambang. Perkara penting yang saya dapat ketahui ialah muzik gamelan melayu lebih mudah dibandingkan dengan muzik gamelan johor dan gamelan ini menggunakan sistem talaan.

Manakala, Gamelan jawa pula dimainkan dalam skel slendro dan pelog (skel yang mengandungi 7 ton dan jeda di antara not agak berbeza iaitu antara 1/2 ton dengan minor ketiga). Set gamelan jawa lebih banyak jika dibandingkan dengan gamelan Melayu. Peralatannya mengandungi 9 alat dan ternyata terdapat banyak perbezaan antara gamelan jawa dan terengganu. Gamelan jawa ialah tanpa notasi dan tekstur muzik gamelan adalah polifoni.

Selain itu,caklempong juga dikenali sebagai talempong,tak lempong atau telempong. Secara keseluruhannya, terdapat 7 alat muzik caklempong iaitu bonang,gereteh,tingkah,sauwa,gendang ibu dan anak,bangsi dan serunai.

Oleh itu, secara kesimpulannya gamelan caklempong mempunyai identiti dan keistimewaannya yang tersendiri. Identiti inilah yang mampu mengekalkan keaslian muzik tradisionalnya sehingga kini. Jadi, saya akan mencari sumber-sumber baru atau inisiatif lain bagi mengikuti perkembangan gamelan caklempong pada hari ini dan di masa akan datang.
Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMP A

BLOG PELAJAR KUMP B

BLOG PELAJAR KUMP C

smp2252 hasmazatul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template