Monday, August 9, 2010

MINGGU 4: JURNAL REFLEKSI

Assalammualaikum dan salam ramadhan bagi umat islam yang bakal menyambut ramadhan tidak lama lagi. Alhamdulillah kerana saya masih berpeluang mengikuti kuliah minggu keempat dan berjaya membuat refleksi jurnal bagi muhasabah diri sendiri. Bak kata pepatah melayu, "tak kenal maka tak cinta". Begitulah gambaran yang dapat saya berikan setelah menghadiri kuliah minggu keempat. Kuliah "Muzik Wayang Kulit" tenyata amat menarik dan memberi impak yang besar terhadap diri saya. Buktinya,saya dapat mencapai objektif dan sasaran kuliah ini iaitu mengetahui jenis- jenis wayang kulit,alat-alat muzik wayang kulit dan perbezaan antara wayang kulit.

Perkara penting yang saya dapat tahu ialah Muzik Wayang Kulit ini merupakan teater tradisional kuno Malaysia dan latar belakang muzik ini ternyata berbentuk teater purba yang dimainkan oleh okestra tertentu mengiringi gerak geri wayang. Selain itu, keistimewaan muzik ini juga ialah ia mengandungi repertoire lagu mengikut kehendak cerita. Antara isi kandungan yang menarik lagi dalam kuliah minggu ini ialah wayang kulit mempunyai lima ciri khusus iaitu seni muzik,hikayat,lakonan,pengetahuan agama,seni lukis dan ukir di mana selama ini saya tidak mengetahui dengan mendalam apa itu "wayang kulit" yang sebenarnya. Jadi ternyata kuliah kali ini mampu membuka mental dan minda saya berkenaan tajuk ini.

Terdapat empat jenis wayang kulit iaitu Wayang Gedek,Wayang Kulit Melayu,Wayang Kulit Kelantan,dan Wayang Kulit Jawa. Secara keseluruhannya, wayang kulit jawa berasal dari indonesia dan yang paling pentingnya ialah wayang ini masih mengekalkan wayang kulit purwa asli (epik ramayana dan mahabrata). Manakala, Wayang Gedek merupakan wayang yang popular di kedah dan perlis. Wayang kulit melayu pula merupakan wayang jawa dan antara keempat-empat wayang ini,Wayang Kulit Kelantan merupakan sebuah wayang yang sangat popular kerana penceritaan popular iaitu cerita melayu,cerita panji dan cerita tempatan.

Secara ringkasnya, setelah saya meneliti secara kritikal keempat-empat jenis wayang kulit ini beserta dengan video-video yang ditunjukkan,saya dapat membuat rumusan bahawa keempat-empat jenis wayang kulit ini masih tetap menggunakan bahasa loghat/dialek negeri masing-masing dan yang paling utamanya ialah keempat-empat wayang kulit ini mempunyai tiga elemen penting yang sama iaitu isi cerita,patung-patung dan bahasa walaupun terdapat perbezaan dari segi alat muzik yang digunakan.

Kesimpulannya, saya telah dapat memahami dan mencapai objektif kuliah pada minggu ini. Insyallah saya akan terus mengikuti perkembangan tentang muzik wayang kulit dan nescaya akan muhasabah diri sendiri bagi mencari maklumat dan membuat kajian tentang "Muzik Wayang Kulit". Tindakan yang saya perlu lakukan ialah dengan memberi ruang kepada diri sendiri dengan membaca bahan- bahan rujukan berkenaan dengan tajuk ini dan nescaya jika berkemampuan saya akan menjelajah ke setiap negeri untuk mengetahui dengan lebih mendalam apa itu 'Muzik Wayang Kulit" justeru nekad untuk mempelajarinya.
Sekian Terima Kasih.
Teruskan Membaca...

Sunday, August 1, 2010

MINGGU 3 : JURNAL REFLEKSI

salam ukhuwah...

alhamdulillah,semakin lama saya mengikuti kuliah muzik tradisional malaysia saya semakin bersemangat menanti untuk mengikuti kuliah-kuliah seterusnya. Bagi saya,apa yang saya hendak tahu dengan lebih lanjut tentang objektif atau sasaran kuliah minggu ketiga telah termakbul. objektif dan sasaran yang telah ditetapkan telah tercapai iaitu saya dapat mengetahui tentang kaedah klasifikasi muzik tradisional malaysia,kategori muzik tradisional malaysia dan termasuklah ciri-cirinya.

Selain itu,penerangan yang jelas oleh en Amran bagi kuliah kali ini membuatkan saya benar- benar memahami apa itu perspektif adaptasi dan idioskretik. Jika sebelum ini saya tidak mengetahuinya dan selepas mengikuti kuliah ini dan dengan memberi tumpuan selama 2 jam, saya dapat memberi respon yang baik jika ditanya tentang tajuk ini. Perkara yang paling menarik bagi saya ialah tayangan video ghazal yang dipaparkan. Tambahan pula, saya dapat mengetahui klasifikasi alat muzik cina,india dan barat.

Kuliah minggu ini juga banyak menekankan tentang ciri-ciri utama dalam muzik tradisional malaysia iaitu tradisi besar dan tradisi kecil. Perkara utama yang saya ingin tahu dengan lebih lanjut lagi ialah tentang lima kategori utama muzik kerana bagi saya mendalami sesuatu ilmu merupakan benda baik bagi diri kita sebagai seorang pelajar. Nescaya saya dapat membezakan kategori muzik ini dengan lebih baik di masa akan datang.

Secara keseluruhannya juga,terdapat enam ciri-ciri muzik tradisional malaysia iaitu bentuk seni lakon utama,bentuk tarian utama,ensemble genderang,vokal dan instrumental solo.ensemble sosial popular dan ensemble lain dan ciri-ciri ini mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Oleh itu,cara untuk saya lebih memahami tentang keseluruhan tajuk kuliah pada minggu ketiga ini ialah dengan mencari maklumat atau bahan-bahan serta sumber-sumber yang lain agar saya dapat menguasai tajuk ini dengan lebih baik. Melayari internet dan mencari bahan-bahan di perpustakaan juga merupakan kaedah terbaik selain memberikan sepenuh tumpuan apabila kuliah sedang dijalankan.
Sekian terima kasih...
Teruskan Membaca...

Saturday, July 24, 2010

MINGGU 2 JURNAL REFLEKSI

assalammualaikum dan salam sejahtera

Aktiviti pembelajaran muzik tradisional bagi kuliah 2 telah memberi gambaran sebenar kepada saya tentang apa itu "soundscape",budaya muzik,sejarah,kategori alat muzik dan konsep/struktur yang terdapat dalam soundscape tersebut. Berdasarkan apa yang telah saya pelajari, saya mengetahui dan dan dapat membuat rumusan bahawa soundscape itu merujuk kepada pemandangan bunyi,merujuk kepada bagaimana karektor bunyi mengambil tempat dalam konteks lingkungan suara. Pemahaman tentang soundscape ini menjadi lebih jelas apabila saya ditontoni dengan sebuah klip video dan berjaya menjawab dengan tepat setiap soalan yang diajukan berdasarkan sesi pendengaran.

Selain itu, apa yang saya tahu tentang budaya muzik ialah "The Way Of Life" dan setiap komuniti mempunyai muzik mengikut budaya masing- masing. Di samping itu juga, terdapat banyak komponen budaya iaitu idea tentang muzik,penglibatan dalam aktiviti muzik dan repertoire muzik. Kesemua elemen ini menerangkan secara terperinci tentang komponen budaya. Bagi aspek sejarah muzik tradisional malaysia pula, terdapat banyak pengaruh dari negara luar dalam perkembangan muzik terutamanya pengaruh dari Pedagang Arab/Hindu,Pengaruh Thailand,dan Pengaruh Barat. Saya juga dapat mengetahui kategori alat muzik dan dapat mengenal pasti setiap alat muzik dengan baik serta mempelajari struktur/konsep muzik.

Bagi saya,apa yang saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut ialah tentang pengaruh barat,pengaruh indonesia dan pengaruh thailand dalam muzik tradisional malaysia. Justeru itu, saya ingin mempelajari tentang drama tari Ketoprak dan ingin mempelajari rodat dan dabus yang dibawa oleh pengaruh pedagang arab/hindu. Bagi saya, untuk mempelajari sesuatu perkara dengan lebih mendalam dan terperinci ialah saya perlu ringan mulut untuk bertanya kepada pensyarah, berkongsi pandangan bersama teman-teman dan atas inisiatif sendiri saya perlu mencari maklumat tambahan berkenaan dengan "soundscape" dan pelajaran yang akan datang.
Teruskan Membaca...

Thursday, July 15, 2010

BIODATA

Nama

Hasmazatul Anita Binti Abdul Wahab

No Matriks

D20082033682

Program

Pengajian Muzik

Kumpulan

B

Semester

Empat (4)/semester 1 2010/2011

Subjek

SMP 2252 – Muzik Tradisional

Email

baby.cemey@yahoo.com

Alamat Blog

http://smp2252hasmazatul.blogspot.com

Negeri Asal

kedah

Foto

Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMP A

BLOG PELAJAR KUMP B

BLOG PELAJAR KUMP C

smp2252 hasmazatul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template